fbpx

Bapa saudara cabul anak saudara 

  • Oleh NUR NAZLINA NADZARI
  • 1 Ogos 2020, 12:31 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Apabila nafsu menguasai diri, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja tindakan yang jijik serta memalukan.

Itu yang berlaku apabila seorang penoreh getah tergamak mencabul anak saudaranya sendiri berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada  26 Julai lalu.

Malah, lelaki berusia 57 tahun itu juga seolah-olah hilang kewarasan apabila sanggup memuat naik gambar kemaluan anak saudaranya itu di status WhatsApp miliknya untuk tontonan umum kira-kira pukul 2.07 pagi semalam.

Menyedari status tersebut, ibu mangsa tampil membuat laporan polis pada hari sama dan suspek kemudiannya ditangkap petang semalam di sebuah rumah di Mata Ayer.

Suspek pada 26 Julai lalu dikatakan telah datang ke rumah kanak-kanak perempuan berkenaan ketika ibu mangsa berusia 38 tahun itu tiada di rumah 

Suspek tanpa rasa malu, telah mencabul mangsa dengan menyentuh serta mengosok kemaluan kanak-kanak tersebut selain menyuruhnya membuka seluar sehingga paras lutut.

Lelaki berkenaan kemudian meminta mangsa memegang kemaluannya kerana ingin mengambil gambar dan terus beredar daripada rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, tangkapan terhadap suspek telah dibuat pada pukul 4.15 petang semalam. 

Katanya, kejadian tersebut disedari ibu mangsa apabila rakannya meminta wanita itu melihat status WhatsApp abang iparnya yang memuat naik gambar lucah tersebut.

Jelasnya, pengadu mengenal pasti mangsa dalam gambar tersebut berdasarkan pakaian dan kemudian mengesahkan dengan anaknya bahawa perkara tersebut memang berlaku. 

“Hasil semakan daripada telefon bimbit yang dirampas daripada suspek, terdapat gambar kemaluan mangsa dalam galeri telefon tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 5/Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Suspek direman selama lima hari bermula hari ini,” katanya. – UTUSAN

Dikemaskini pada