20 lelaki dikompaun RM1,000 tidak pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

20 lelaki dikompaun RM1,000 tidak pakai pelitup muka

ORANG ramai memakai pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seramai 20 individu yang tidak memakai pelitup muka dikenakan kompaun selepas polis membuat pemeriksaan di kawasan rehat dan rawat (R&R), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua lelaki berusia 20-an itu sedang melepak dan didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika pemeriksaan kira-kira pukul 1.50 pagi.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang gagal mematuhi SOP serta tidak menggunakan pelitup muka dan akan menjadi perkara utama yang perlu dipantau bermula hari ini.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, ujar beliau, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 14 kompaun kepada peniaga di sekitar daerah ini dan Kepala Batas kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kompaun itu dikeluarkan kepada 13 lelaki dan seorang wanita yang merupakan pemilik premis perniagaan.

“Kesemua mereka didapati tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan di premis masing-masing seperti tidak mengambil suhu badan pelanggan dan mencatat butiran pelanggan yang masuk ke premis,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, kesemua yang didapati bersalah kerana ingkar SOP PKPP itu dikompaun sebanyak RM1,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya