Remaja didakwa buat hubungan seks dengan anak saudara - Utusan Malaysia

Remaja didakwa buat hubungan seks dengan anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang pelajar tingkatan empat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan dengan dua orang anak saudaranya yang masing-masing berusia empat dan tujuh tahun, awal tahun lalu.

Tertuduh yang berasal dari Pasir Puteh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor. 

Dia didakwa melakukan hubungan seks bersama anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan tanpa kebenaran kanak-kanak itu. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap anak saudaranya yang berusia empat tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah dekat Kampung Jeram B, Pasir Puteh kira-kira pukul 1 petang antara bulan Januari hingga 23 Jun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377(CA) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd. Norasmawi Norani.

Mohd. Dinie Shazwan membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jumlah ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN