Pemandu mabuk patut ke tali gantung - Utusan Malaysia

Pemandu mabuk patut ke tali gantung

Zeti Haryanti Hassan sebak menceritakan nasib diri dan keluarga selepas kehilangan orang tersayang di rumahnya di Taman Guru, Kuantan, Pahang. UTUSAN/AJIE MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM150,000 ke atas pemandu mabuk jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan masih terlalu ringan serta tidak adil kepada mangsa serta keluarga yang kehilangan insan tersayang.

Zeti Haryanti Hassan, 42, berkata, undang-undang lemah akan membuatkan masyarakat tidak gentar dan kejadian sama terus berulang.

Menurutnya, jika melibatkan kemalangan maut, si pelaku harus menerima hukuman sama iaitu hukuman gantung kerana ia membabitkan soal nyawa dan keluarga mangsa.

“Pemandu mabuk dan keluarganya juga perlu menanggung perbelanjaan keluarga mangsa seumur hidup, barulah adil,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Guru di sini.

Dalam kejadian di Jalan Pintasan-Kuantan pada 25 Mei lalu, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut dilanggar pemandu mabuk yang melawan arus.

Dalam kejadian pukul 9.20 malam, Irwan Herman memandu kereta Toyota Yaris manakala pemandu mabuk memandu Toyota C-HR.

Pada 15 Julai lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Zeti Haryanti berkata, setiap kali diajukan soalan `mana ayah’ oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, dia tidak dapat menahan sedih mengenangkan bagaimana suaminya `dibunuh’ pemandu mabuk Mei lalu.

Pereka grafik tersebut berkata, Amanda Nur Fitrisya Irwan Herman merindui kasih sayang seorang bapa sehingga cemburu melihat rakan-rakannya yang masih ada ayah.

“Saya masih trauma mengenangkan kejadian menimpa arwah suami. Bila bersendirian saya teringatkannya,” katanya.

Menurutnya, dia kini menggalas tugas sebagai ketua keluarga membesarkan Amanda Nur Fitrisya dan anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu, Nik Omar Hakim Nik Fauzi, 13.

“Saya berkerja secara separuh masa di rumah sebagai pereka grafik dan kini perlu melipatgandakan usaha,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya