Trump lulus hukuman tembak mati pegawai tentera keturunan Palestin - Utusan Malaysia

Trump lulus hukuman tembak mati pegawai tentera keturunan Palestin

NIDAL HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump meluluskan pelaksanaan hukuman mati oleh skuad penembak terhadap Mejar Nidal Hasan, seorang pakar psikiatri Tentera Darat AS yang menembak mati 13 orang di sebuah pangkalan tentera pada 2009, kata Jabatan Pertahanan atau lebih dikenali sebagai Pentagon pada Isnin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hukuman mati terhadap Hasan kerana serangan di Fort Hood, Texas  yang turut menyebabkan lebih dua belas orang cedera  akan menjadi hukuman mati pertama dilaksanakan oleh tentera AS sejak 1961.

“Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth telah mengesyorkan  dan Presiden Donald J. Trump telah meluluskan  hukuman mati oleh skuad penembak Tentera Darat AS terhadap (Hasan)yang telah disabitkan kesalahan,” kata jurucakap Pentagon, Sean Parnell dalam hantaran di X.

“Setiausaha Tentera Darat akan menetapkan masa dan tempat pelaksanaan hukuman mati. Hari pengadilan untuk Hasan akhirnya tiba,” tulisnya.

Hasan dijatuhi hukuman mati oleh panel hakim tentera pada 2013 kerana melakukan serangan tembakan beramai-ramai di Fort Hood.

Beliau memilih untuk membela diri dalam perbicaraan tetapi tidak memanggil sebarang saksi dan tidak memberikan keterangan, selain tidak berusaha menafikan pertuduhan terhadapnya. 

Peguam bela yang dilantik mahkamah menyuarakan kebimbangan bahawa beliau mahu dihukum mati.

Hasan, seorang warga AS kelahiran negara itu berketurunan Palestin dan beragama Islam, melepaskan tembakan pada 5 November 2009 di sebuah kemudahan perubatan dalam kawasan pangkalan Fort Hood yang luas, yang menjadi tempat persinggahan anggota tentera sebelum dihantar ke zon pertempuran di Iraq dan Afghanistan.

Seramai 12 orang terbunuh dan 30 lagi  cedera dalam kejadian itu merupakan anggota tentera. 

Mahkamah yang mensabitkan Hasan diberitahu bahawa beliau menentang pendudukan tentera AS di Iraq dan Afghanistan, selain berkomunikasi dalam talian dengan seorang tokoh yang didakwa mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, ulama radikal Anwar al-Awlaki, seorang warga AS tetapi kemudian terbunuh dalam serangan dron AS di Yemen. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN