Lima kereta remuk, tiga rumah rosak dirempuh kren - Utusan Malaysia

Lima kereta remuk, tiga rumah rosak dirempuh kren

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan sebuah kren yang merempuh lima kenderaan dan tiga rumah selepas mengalami kerosakan enjin di Taman Puncak Bukit Jalil, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak lima buah kereta remuk, manakala tiga buah rumah rosak selepas dirempuh kren seberat 20 tan dalam kejadian di Taman Puncak Bukit Katil di sini petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kira-kira pukul 4 petang itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba negeri, Penguasa Bomba Zulkairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.25 petang.

Katanya, sebuah jentera bersama tiga pegawai dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, kita dapati terdapat lima buah kenderaan dan tiga buah rumah telah dilanggar sebuah kren dipandu lelaki berusia 30-an.

“Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan operasi dikawal sepenuhnya lima minit kemudian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kren tersebut yang dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan berdekatan mengalami kegagalan enjin.

“Ketika melalui jalan berbukit, kren tersebut mengalami kegagalan enjin, sekali gus mengakibatkannya tidak dapat dikawal dan menggelongsor ke bawah,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penghuni, Md. Ghauz Sudin, 59, berkata, dia bersyukur kesemua ahli keluarganya tidak berada di dalam rumah ketika kejadian kerana keluar bekerja dan melakukan urusan lain.

“Saya dan isteri keluar mengambil ubat dan membeli barang keperluan bagi menyambut Aidiladha manakala anak-anak keluar bekerja.

“Saya terkejut apabila dihubungi jiran kira-kira pukul 4 petang memaklumkan rumah kami dilanggar kren dan kini kami terpaksa melupakan hasrat beraya kerana perlu memastikan keadaan rumah ini dibaik pulih sepenuhnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya