KUALA LUMPUR 5 Okt. – Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merupakan sebuah gagasan holistik dan komprehensif dalam usaha menyediakan hala tuju baharu ekonomi negara. Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (Masa), Tan Sri Muhyiddin Yassin malah menyifatkan dasar baharu itu merupakan kesinambungan kepada Wawasan 2020 yang diilhamkan Perdana Menteri pada tahun 1991. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, WKB 2030 turut…










