SUNGAI PETANI 6 Okt. – Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan kerajaan semalam, antara lain akan memberi fokus kepada meningkatkan pendapatan golongan petani menerusi perusahaan perniagaan makanan yang dihasilkan golongan itu. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, selama ini, pertubuhan itu hanya mengeluarkan produk pertanian tetapi rangkaian perniagaannya yang memberi keuntungan lumayan, diuruskan oleh pihak lain. Perkara itu kata beliau, menyebabkan para…










