SEPANG 7 Okt. – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemain negara supaya sentiasa berwaspada dengan serangan pantas pasukan Vietnam, apabila kedua-dua pasukan itu bertemu pada aksi ketiga Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi,Khamis ini. Pengendali berusia 51 tahun itu menegaskan, sebarang kealpaan terutamanya di barisan pertahanan perlu dielakkan kerana pasukan lawan sentiasa mempamerkan aksi permainan…










