SHAH ALAM 3 Okt – Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensi di bawahnya diseru berperanan sebagai komunikator utama yang cakna, cekap dan berkesan dalam memberi penerangan mengenai inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat. Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Suriani Ahmad berkata, nilai-nilai itu dapat dijana menerusi kaedah perkongsian serta pertukaran maklumat dengan rakan-rakan strategik kerana ia terbukti mampu menjadikan warga kementerian berkenaan sebagai ejen penyampai maklumat kerajaan…










