KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga tempatan berdepan detik-detik mencemaskan selepas tergelincir lalu terjatuh ke dalam Sungai Klang di Jalan Raja Laut di sini hari ini. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.51 petang sebelum berkejar ke lokasi. “Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah…










