SEREMBAN -Seorang wanita berusia 42 tahun yang menjadi mangsa samun buat kali kedua ditemui mati dengan kesan kecederaan pada kepala dipercayai selepas dipukul dan disamun dua lelaki di hadapan rumah bapa saudaranya di Felda Sendayan dekat sini malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam tersebut, mayat Sri Devi Kalaivani ditemui terbaring di dalam parit oleh ahli keluarganya dalam keadaan kepalanya berdarah. Ahli keluarga mangsa, S. Segar, 38, mendakwa, sepupunya…










