NEWCASTLE 7 Okt. – Matthew Longstaff menambah derita Ole Gunnar Solskjaer apabila jaringan tunggalnya membantu Newcastle United menumpaskan Manchester United 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. Longstaff, 19, yang membuat penampilan pertama bersama Newcastle melepaskan rembatan kaki kanan pada minit ke-72 untuk mengesahkan kemenangan The Magpies. Ini adalah kekalahan ketiga United dalam saingan liga musim ini, sekali gus meletakkan mereka di tangga ke-12, hanya dua mata dipisahkan dari…










