Pasar raya di Kelantan tutup operasi hari pertama Aidiladha - Utusan Malaysia

Pasar raya di Kelantan tutup operasi hari pertama Aidiladha

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua premis perniagaan terutama pasar raya di negeri ini menutup operasinya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Rabu ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelaksanaan itu selari dengan keputusan yang dibuat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Pada mesyuarat hari ini kita memutuskan premis makaman segera dan kedai serbaneka seperti 7-Eleven, I-Mart, Family Mart dan premis seumpamanya ditutup sehingga pukul 1 tengah hari pada hari pertama Aidiladha.

“Kompleks membeli-belah dan pasar-pasar raya besar pula hendaklah ditutup sepenuhnya pada hari raya pertama,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata, arahan itu bagi memberi laluan kepada pekerja-pekerja untuk menunaikan solat sunat Aidiladha dan melaksanakan ibadat korban. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN