MELIHAT gelagat animasi cef terkecil di dunia iaitu Le Petit Chef yang dipancarkan melalui projektor ke arah buku pada meja makan sambil ia menceritakan pengembaraannya cukup mencuit hati. Seni kulinari yang digabungkan dengan teknologi pemetaan visual tiga dimensi (3D) interaktif itu merupakan suatu keunikan baharu di Malaysia yang boleh didapati di Restoran Elements TREC, Kuala Lumpur. Di situ, para tetamu juga dihidangkan dengan enam hidangan antarabangsa meliputi lima cita rasa…










