SEPANG 7 Okt.- UMNO Bahagian Sepang komited bekerjasama membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan berhubung kes penggubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said berkata, sebarang tuduhan yang mengaitkan pihaknya dengan aktiviti penggubahan wang haram adalah tuduhan sangat serius. “Ini memandangkan kami merupakan sebuah entiti parti politik yang berkhidmat kepada rakyat dah ahli parti serta tidak terlibat langsung dengan aktiviti…










