Aisha Retno mahu buat lagu untuk Adrian Adam - Utusan Malaysia

Aisha Retno mahu buat lagu untuk Adrian Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kagum dengan bakat yang dimiliki, penyanyi dan komposer, Aisha Retno terbuka mahu membuat lagu untuk anak kepada pelakon, Amyza Aznan, Adrian Adam.

Menurut Aisha, dia berlapang dada untuk mencipta lagu buat anak pelakon itu sekiranya empunya badan sendiri bersetuju.

“Saya mahu buatkan lagu untuk beliau jikalau beliau sudi,” katanya di Threads.

Aisha berkata demikian selepas menyedari luahan seorang individu meminta komposer tanah air menghasilkan lagu buat renaja berbakat itu.

“Komposer-komposer hebat, tolonglah ambil dia buat lagu best-best,” kata individu tersebut.

Nama Adrian Adam terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas tampil menyanyikan lagu Ku Mohon pada program realiti nyanyian baru-baru ini.

Dalam masa sama, ramai yang tersentuh dengan persembahan yang sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser tulang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN