ANKARA 7 Okt. – Turki tidak akan membenarkan kumpulan Daesh untuk kembali ke negara itu. Menurut jurucakap presiden, Ibrahim Kalin, Turki akan terus memerangi Daesh dan tidak membenarkan ia kembali dalam apa jua bentuk. Tentera Amerika Syarikat (AS) telah berundur daripada kedudukan di sepanjang sempadan Turki-Syria selepas White House menyatakan tidak akan campur tangan operasi Turki terhadap militan Kurdish di Syria. – AFP










