KUALA LUMPUR 4 Okt.- Seramai 247 warga China yang terlibat dengan kegiatan judi dalam talian ditahan polis menerusi tujuh serbuan di sekitar ibu negara bermula Rabu lalu hingga kelmarin. Serbuan dijalankan di empat kondominium dan tiga premis pejabat yang dijadikan pusat panggilan di daerah Dang Wangi, Cheras dan Brickfields. Pemeriksaan awal mendapati kesemua warga China berusia antara 20 hingga 40 tahun yang terdiri daripada 232 lelaki dan 15 wanita itu…










