WANITA dan kecantikan ibarat aur dan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Bukan sahaja penjagaan pada wajah, malah menjaga penampilan kuku turut dititikberatkan wanita dengan mewarnakannya menggunakan pelbagai pengilat kuku yang terdapat di pasaran. Persoalannya, adakah boleh seorang wanita itu mewarnakan kuku sekadar hiasan atau demi kecantikan? Sebenarnya, mewarnakan kuku adalah tidak salah atau ‘harus’ sekiranya bahan-bahan yang digunakan untuk mewarnakan kuku itu tidak bernajis, tidak menghalang air ketika mengangkat hadas,…










