KOTA KINABALU 6 Okt. – Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyerahkan kepada kepimpinan PKR untuk mempertimbangkan permohonan beliau menyertai parti itu. Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, keputusan untuk menyertai PKR dibuat kerana parti itu mengamalkan politik berbilang kaum dan bersesuaian dengan pegangan politik serta suasana politik di Sabah. “Seperti yang pernah saya jelaskan, saya dan sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah mengambil keputusan…










