Bapa Aedy Asyraf bangga - Asyraf Khalid - Utusan Malaysia

Bapa Aedy Asyraf bangga – Asyraf Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Asyraf Khalid, 33, mendakwa bapa pelakon Aedy Ashraf, Rosmadi yang pernah menjaga dia dan adik beradiknya sewaktu kecil, tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah selepas keluar penjara kira-kira 30 tahun lalu.

Malah, menurut Asyraf, Rosmadi membina semula kehidupan dan berkhidmat kepada masyarakat dengan sepenuh hati dan rasa tanggungjawab.

“Bila dia keluar (penjara), dia tidak lari dari tanggungjawab. Dia bina semula dirinya dengan senyap.

“Dia khidmat orang lain dengan penuh amanah dan sepanjang itu, dia selalu sebut nama anaknya kepada sesiapa yang dia jumpa. Dia bangga.

“Itulah cara dia. Lelaki daripada generasi itu kadang-kadang tak tahu nak cakap terus kepada anaknya yang dia sayang.

“Tapi dia akan cakap pada orang lain. Itu cara dia cakap saya sayang kamu,” katanya.

Aedy, dalam sebuah podcast yang dikendalikan Datuk Aznil Nawawi, menceritakan kisah bagaimana dia membesar tanpa kasih seorang bapa dan perlu berdikari demi kehidupan.

Dalam masa yang sama, suami kepada usahawan Tya Arifin itu memaklumkan dia merupakan peminat Aedy dan berbangga dengan pencapaian yang diraihnya filem Tarung: Unforgiven.

“Saya ingat masa kecil, saya sebenarnya peminat Aedy. Rasa bangga sangat, abang yang jaga saya ini (Rosmadi), rupanya anak dia pelakon.

“Sekarang Aedy bukan sekadar pelakon, dia penerbit filem dan Tarung: Unforgiven sudah cecah RM10.5 juta dalam masa seminggu, nombor satu pecah panggung Malaysia.

“Aedy Asraf, tahniah. Percayalah, Bapa anda menyaksikan semua ini dengan bangga. Kadang-kadang lelaki yang pernah paling jauh
tersasar, adalah bapa yang paling dalam doanya untuk anaknya berjaya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN