GOPENG – Keputusan untuk meninggalkan kerja makan gaji dengan sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur untuk pulang menetap di kampung halaman sejak setahun lalu mendatangkan rezeki buat Zamri Mohd. Ramli yang kini mengusahakan ternakan burung puyuh dan ayam kampung. Bermula secara kecil-kecilan, Zamri, 51, kini tidak menang tangan bagi memenuhi tempahan membekalkan burung puyuh dan ayam kampung perap sejuk beku kepada pelanggan di sekitar negeri Perak sehingga ke Kuala Lumpur…










