LIPIS 4 Okt. – Hasrat penduduk di beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di sini untuk menggunakan masjid baharu yang selesa tidak kesampaian apabila kerajaan bertindak membatalkan kelulusan pembinaan tiga masjid di kawasan berkenaan. Difahamkan, tiga masjid berkenaan yang sudah uzur iaitu Masjid Seberang Jelai, Masjid Mentara Baru dan Masjid Aur Gading mendapat kelulusan pembinaan baharu oleh kerajaan terdahulu pada 2017 dan urusan diserahkan kepada Jabatan…










