Bekas pengarah syarikat didakwa tipu pelaburan minyak diesel

Bekas pengarah syarikat didakwa tipu pelaburan minyak diesel

SHAMSUL RIJAL Mohd Yussof didakwa atas pertuduhan menipu dalam pelaburan perniagaan jual beli minyak diesel, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan, perdagangan minyak, gas dan petroleum, Spectrum Global Sdn. Bhd. didakwa di dua mahkamah sesyen di sini atas pertuduhan menipu dalam pelaburan perniagaan jual beli minyak diesel, dua tahun lalu.

Shamsul Rijal Mohd Yussof, 74, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Di hadapan Hakim Azrul Darus mengikut pertuduhan pertama, Shamsul Rijal didakwa menipu seorang individu, Afifi Ahmad berhubung pelaburan perniagaan minyak diesel dengan menjanjikan keuntungan menyebabkan mangsa memindahkan wang sebanyak RM725,000 ke dalam akaun Maybank syarikat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Desa Sri Hartamas, di sini, pada pukul 2.39 petang, 26 Februari 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum sepuluh tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, Shamsul Rijal didakwa telah menerima wang tunai daripada akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik Spectrum Global wang tunai berjumlah RM209,000 yang dimasukkan melalui akaun simpanan Maybank milik seorang individu bernama Juliana Othman dengan harta tersebut adalah merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Ground & Mezzanine Floor, Bangunan UTM SPACE, Jalan Tun Razak, di sini pada 15 Mac 2024.

Sementara itu, di hadapan Hakim Norma Ismail, tertuduh bersama bekas isterinya, Hamidah Ab Hamid, 62, secara niat bersama telah menerima wang daripada akaun semasa Maybank Spectrum Global wang tunai berjumlah RM122,000 yang dimasukkan melalui akaun semasa Maybank milik Reach Resource Management Plt dengan harta tersebut adalah merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank, Taman Melawati, di sini, pada 26 Februari 2024.

Hamidah turut berdepan satu pertuduhan lain yang didakwa telah menerima wang berjumlah RM130,000 yang merupakan hasil aktiviti haram daripada akaun semasa Maybank Spectrum Global ke dalam akaun simpanan Maybank miliknya, dengan harta tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank, cawangan Suria KLCC, di sini antara 6 Mac 2024 dan 29 Mac 2024.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Hamidah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan mohon dibicarakan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini