Andai kata rujuk ini tak sah, tak mengapalah - Datuk Red - Utusan Malaysia

Andai kata rujuk ini tak sah, tak mengapalah – Datuk Red

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Usahawan, Datuk Red menolak dakwaan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang mengatakan kononnya beliau meletakkan wang RM100,000 bagi menggugurkan kes rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat, di sini.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 48, menegaskan, dia tidak pernah membuat tawaran tersebut termasuklah meminta Adira untuk menggurkan kes saman sivil terhadapnya.

Jelasnya, tujuannya memfailkan kes tersebut hanyalah untuk mendapatkan kepastian dari sudut hukum syarak mengenai status hubungan mereka.

“Saya tidak membuat tawaran secara rasmi. Benda ini bukannya untuk dijual beli. Sebagai seorang lelaki dan seorang suami, andai kata rujuk ni tak sah, tak mengapalah.

“Jangan takut, diminta peminat Adira, kawan-kawan dia atau sesiapapun, bersabar.

“Kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang akan pergi mohon untuk berpisah. Jangan risau. Saya hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja,” katanya.

Datuk Red berkata demikian ketika ditemui selepas perbicaraan kes rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor, hari ini.

Sementara itu, Datuk Red mengakui yang dia juga tidak berhasrat untuk meneruskan kehidupan sebagai suami isteri bersama penyanyi tersebut.

“Saya tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau tidak, ia akan menjadi toksik. Selalu saya dipanggil tak gerak kedepan, gila talak.  Tak mengapalah.

“Saya bukan hadap sangat nak kahwin dengan dia, sebaliknya, nak pengesahan saja. Kalau ikutkan, nak buat di luar mahkamah, tapi peguam tak bagi kerana takut boleh dipenjarakan,” ujarnya.

Mengulas mengenai prosiding rujuk yang difailkannya, Datuk Red meluahkan rasa kesal apabila ia menjadi rumit disebabkan beberapa faktor.

“Saya minta benda ini dipercepatkan. Kalau ikutkan ia boleh selesaikan segera. Tapi waktu perbicaraan, Adira pun tak hadir, lepas itu pertukaran hakim, ia jadi lambat.

“Kita hanya mahu sahkan. Rujuk sajapun bukannya bicara ambil kuasa anak ke apa. Ini hanya pengesahan rujuk saja,” tambahnya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan terlerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN