Rujuk Seri Kembangan ke jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Selangor

Rujuk Seri Kembangan ke jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Selangor

Isu babi
MOHAMED Azmin Ali dan Afif Bahardin (kiri) bersama ADUN PN dalam sidang akhbar pada Sidang DUN Selangor, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan (PH), Wong Siew Ki perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor susulan kenyataannya berhubung isu ternakan babi di negeri ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, wakil DAP itu wajar dirujuk susulan tindakannya sebagai salah seorang ahli daripada parti kerajaan mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Beliau secara langsung atau tidak mengingkari titah perintah baginda. Malahan kalau kita rujuk kepada ucapan Seri Kembangan beliau menyatakan amat ‘dukacita’. Itu istilah yang digunakan kerana isu babi dipolitikkan di dalam titah ucapan baginda. Itu satu perkara yang serius seolah-olah ahli Dewan Negeri pihak kerajaan tidak akur dan tidak menjunjung titah nasihat baginda.

“Baginda tidak pernah bertitah bekalan daging babi akan dihentikan. Daging-daging babi boleh diimport untuk memenuhi keperluan mereka yang memerlukan bekalan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar pada Sidang DUN Selangor, hari ini.

Malah, beliau menegaskan Sultan Selangor memberikan pandangan untuk menjaga keselamatan rakyat dan juga persekitaran selain menangani masalah pencemaran.

“Saya difahamkan sudah ada pihak yang membuat laporan polis semalam dan hari ini. Saya berharap selain daripada peraturan dewan, pihak berkuasa juga dapat mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana individu yang cuba mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat,” tegasnya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Siew Ki menegaskan isu penternakan babi di Selangor tidak seharusnya dibezakan dengan haiwan lain.

Beliau berkata, risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti dihadapi oleh penternakan haiwan lain.

Bagaimanapun, dalam sidang hari ini, Dr. Afif Bahardin (PN-Taman Medan) mengemukakan usul kepada Setiausaha DUN Selangor supaya Siew Ki dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menurut Peraturan Tetap 36(20) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul itu kita hantar dan diterima oleh pejabat Dewan. Tadi juga saya mencelah membangkitkan peraturan dewan dalam sidang pada hari ini. Mohon petua daripada Speaker dan beliau terus dismiss, tak mahu jawab dulu.

“Tetapi tak apa. Pertama, dan pastinya pada sidang esok kita akan tuntut jawapan daripada Speaker dan pandangan kita di ADUN-ADUN Perikatan Nasional (PN) adalah kita mahu perkara itu dibahaskan dalam dewan dan ADUN seri kembangan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN