JOHOR BAHRU 3 Okt. – Parti Amanah Negara (Amanah) negeri akan memberi tumpuan kepada lima daripada 27 pusat daerah mengundi (PDM) Parlimen Tanjung Piai pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu. Pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, semua lima PDM tersebut terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup. “Amanah Johor sudah mengadakan mesyuarat khas berkenaan PRK dan sudah tubuhkan satu…










