KUALA TERENGGANU 5 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menambah baik prosedur operasi standard (SOP) membabitkan aspek ketenteraman awam dengan memberi tumpuan kepada lima perkara. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, lima perkara tersebut ialah perlindungan diri, peralatan, latihan, kesiapsiagaan di samping operasi di lokasi insiden. Katanya, selain langkah penambahbaikan yang diperincikan oleh jawatankuasa khas yang dibentuk di peringkat jabatan susulan kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd.…










