BATU PAHAT 6 Okt. – Kerajaan Johor melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan memberikan tumpuan terhadap aspek kebersihan di taman perumahan lama yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, dalam usaha menjadikan negeri berkenaan ‘Sifar Aedes’ pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, antara taman perumahan yang diberikan perhatian adalah yang dibina sekitar tahun 70-an hingga 80-an. Beliau berkata, hasil…










