KANGAR 5 Okt. – Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa sejak daripada dahulu PKR berpendapat bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang lebih cekap. Bagaimanapun kata Noor Amin, dalam masa sama cukai tersebut mempunyai kesan regresif kepada golongan berpendapatan rendah selain ketidakcekapan pelaksanaan sistem itu dahulu. “Dalam satu program yang saya tengok dalam berita semalam memang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada komen (mengenai GST…










