KUALA LUMPUR 8 Okt. – Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan pesta pendidikan pelabur utamanya, InvestSmart Fest 2019 yang bertemakan Bijak Labur pada 18 hingga 20 Oktober ini di Dewan 1 Pusat Pameran Mid Valley. SC dalam kenyataannya berkata, program tersebut bertujuan melengkapkan pelabur dengan asas-asas dalam membuat keputusan pelaburan yang kukuh di samping memberi peluang kepada orang ramai mempelajari pelbagai peluang pelaburan dan memahami cara untuk melindungi diri daripada penipuan…










