PM santuni jemaah haji Permatang Pauh, Tambun

PM santuni jemaah haji Permatang Pauh, Tambun

ANWAR Ibrahim menyantuni para jemaah haji di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para bakal jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun yang bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Dalam pertemuan itu, beliau turut berkongsi kisah tokoh pejuang hak asasi manusia, Malcolm X yang pulang dari Mekah dengan jiwa serta pandangan hidup yang lebih damai dan memahami erti sebenar persaudaraan umat manusia.

Katanya, sejarah turut membuktikan semangat kebebasan dan keberanian umat Islam sering bangkit selepas kepulangan para jemaah dari Tanah Suci, termasuk kebangkitan rakyat Aceh menentang penjajahan Belanda.

“Haji bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi madrasah tarbiah yang membentuk jiwa, menyucikan hati dan meniupkan semangat baharu untuk kembali berkhidmat kepada agama, rakyat serta negara dengan lebih ikhlas dan penuh ihsan

“Saya mendoakan agar seluruh jemaah dipermudahkan segala urusan, dikurniakan haji mabrur dan kembali ke tanah air dengan membawa semangat baharu demi keluarga, masyarakat serta negara,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN