Keanggotaan Bersatu dalam PN diputuskan RoS

Keanggotaan Bersatu dalam PN diputuskan RoS

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keanggotaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) perlu diputuskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh terdekat.

Persiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, justeru pihaknya menyerahkan kebijaksanaan RoS untuk membuat keputusan selepas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali dipanggil memberikan penjelasan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan RoS dan diharap dapat membuat keputusan dalam tempoh yang terdekat inilah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Bersatu malam tadi.

RoS mengesahkan telah menerima aduan rasmi daripada Bersatu sebelum ini antaranya dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada 16 Julai lalu.

Ia termasuk aduan berkaitan kedudukan keanggotaannya dalam gabungan berkenaan.

Menurut RoS, penelitian terhadap aduan yang dibangkitkan ini sedang dilaksanakan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, perlembagaan pertubuhan yang diluluskan serta rekod rasmi Jabatan.

Sementara itu Muhyiddin berkata, Bersatu sebelum ini mengemukakan lapan perkara pokok yang didakwa telah dilanggar dan tidak dihormati pimpinan PN ketika ini.

Katanya, hal itu mendorong Bersatu membuat aduan rasmi kepada RoS dan perkara itu telah diberi perhatian. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×