BANGKOK 5 Okt. Tindakan seorang hakim menembak diri sendiri ketika sedang mengendalikan prosiding mahkamah semalam adalah ekoran campur tangan pihak ketiga dalam kes bunuh yang dikendalikannya. The Guardian yang memetik Bangkok Post melaporkan, Khanakorn Pianchana sebelum itu membuat keputusan untuk membebaskan lima tertuduh yang didakwa atas pertuduhan membunuh dan memiliki senjata api selepas pasukan pendakwa gagal mengemukakan bukti yang kukuh bagi menyabitkan mereka dengan kesalahan itu. Kenyataan Khanakorn yang mendakwa…










