LONDON 6 Okt. – Bekas penyerang Manchester United yang terkenal dengan sikap ‘anti Liverpool’, Wayne Rooney membuat ramalan mengejut apabila memilih Reds akan menewaskan Manchester City untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Liverpool mengungguli Liga Perdana dengan kelebihan lapan mata ketika ini selepas mencatat kemenangan kelapan berturut-turut dengan menumpaskan Leicester City 2-1 semalam pada ketika City kalah mengejut 0-2 di tangan Wolverhampton di Etihad, sebentar tadi. “Pada…










