TAWAU – Enam suspek dipercayai terbabit dalam pembunuhan seekor gajah Pygmy yang ditemui di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan dekat sini, baru-baru ini, disambung reman dua hari lagi. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, polis membuat permohonan menyambung reman itu di Mahkamah Majistret di sini selepas tempoh reman empat hari berakhir pada hari ini. “Kesemua suspek berumur antara 48 hingga 68 tahun itu terdiri daripada lima lelaki…










