JAKARTA 6 Okt. – Penyelaras Perhimpunan Aksi Kawal Pelantikan Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin mendakwa, puak radikal berhasrat menggagalkan pelantikan Presiden dan Naib Presiden baharu Indonesia, bulan ini. Penyelaras perhimpunan itu, Ronald Mulia Sitorus seperti dipetik oleh CNN Indonesia sebagai berkata, rusuhan di hadapan Bangunan DPR merupakan hasil hasutan individu-individu yang ingin menggagalkan pelantikan Jokowi-Ma’ruf. “Terdapat sekumpulan orang, ahli politik dan pembangkang anti-Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), puak radikal yang secara…










