KUALA LUMPUR 7 Okt.- Taktik menjadikan sebuah rumah banglo sebagai pusat panggilan mencari kaki judi dalam talian terbongkar apabila polis menahan 42 individu termasuk seorang wanita warga China di Ampang Jaya, dekat sini pada Jumaat lalu. Dalam serbuan pukul 5.40 petang itu, kesemua individu berusia 17 hingga 35 tahun itu ditahan oleh pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang…










