KUALA LUMPUR 4 Okt. – Proton Holdings Berhad (Proton) menyasarkan untuk mencecah angka jualan terbaik sejak 2015 selepas syarikat itu berjaya mengatasi jumlah jualan 2018 dalam tempoh sembilan bulan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, kejayaan yang paling signifikan sebenarnya adalah Proton Saga apabila kembali mecatatkan kedudukan teratas dalam segmen jualan. “Walaupun model tersebut baharu dilancarkan dalam tempoh kurang dua bulan, namun sambutan rakyat Malaysia sangat luar biasa,” katanya…










