PUTRAJAYA – Program Subsidi Petrol (PSP) akan dilaksanakan pada 1 Januari 2020 dengan melibatkan seramai 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kereta dan motosikal. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bantuan secara tunai itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka bagi setiap empat bulan sekali. Jelasnya, menerusi program itu, penerima akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 bagi kereta…










