Pesta Air Malaysia Port Dickson 2019 yang diadakan selama tiga hari di Pantai Saujana dan Pantai Cahaya Negeri, Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini meraih sambutan menggalakkan orang ramai yang datang dari seluruh negara. Diadakan pada 27 hingga 29 September lalu, acara itu dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan, Siti Mazlina Maidin…










