KIEV, Ukraine – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah pesawat kargo terhempas semasa melakukan pendaratan di barat Ukraine semalam, kata perkhidmatan kecemasan. Pesawat jenis Antonov-12 membawa 8 orang itu terhempas 1.5 kilometer dari landasan di Lapangan Terbang Lviv, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan tiga lagi cedera. Kru penerbangan terperangkap di dalam bangkai kapal terbang dan dua yang lain hilang, kata perkhidmatan kecemasan. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Infrastruktur, Vladyslav Kryklii…










