SUBANG JAYA 6 Okt.- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihaknya belum lagi mempertimbangkan permohonan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak untuk menganggotai parti itu. Anwar berkata, borang permohonan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu telah diterima, namun perkara itu belum dibincang dalam mesyuarat bersama kepimpinan parti. “Permohonan itu belum dipertimbangkan lagi oleh Biro Politik. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara…










