Kurus bukan sebab lelaki - Chacha maembong - Utusan Malaysia

Kurus bukan sebab lelaki – Chacha maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Chacha Maembong, 29, menolak persepsi yang mengaitkan penurunan berat badannya dengan lelaki.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, sebaliknya penurunan itu setelah melakukan diet dan aktiviti yang sihat.

“Tak semestinya kita kurus dan bahagia sebab cinta sahaja. Boleh jadi kerana keluarga, rakan dan persekitaran.

“Kalau persekitaran kita membahagiakan, secara automatik perkara itu akan membuat kita naik seri.

“Saya gembira kerana persekitaran saya, yang memberikan saya semangat yang sangat baik,” katanya.

Cha Cha berkata demikian ketika ditemui media di Astro Bukit Jalil, semalam.

Dalam pada itu pelakon berkenaan memaklumkan dia tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai penurunan berat badannya.

“Mungkin kerana perubahan hormon atau umur, tiba-tiba dalam satu bulan itu apabila kita sibuk bekerja kita tidak menitik beratkan tentang pola pemakanan.

“Jadi bila tidak mengambil berat itu, sedar atau tidak, saya sudah menurunkan berat,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN