PUTRAJAYA – Gesaan untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan dipertimbangkan sekiranya terdapat bukti yang tidak boleh dipertikaikan menunjukkan bahawa ia adalah kehendak rakyat, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Ke-14 kerana rakyat jelas menunjukkan bahawa mereka menolak GST dan kerajaan perlu menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat berkaitan dengan cukai itu. “Kami mendukung mandat menolak GST…










