PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan selepas tercampak dari motosikal yang ditunggangnya sebelum dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 23.0, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Abdullah Atan@Yaakub, 51, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kemalangan yang…










