KLANG – Seorang pengurus tapak projek penanaman pokok maut selepas dilanggar sebuah kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi, Bahawi Mat Taib meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, sewaktu kejadian mangsa sedang memantau kerja-kerja penanaman pokok di kawasan tengah pembahagi jalan di lokasi kejadian. Katanya, terdapat penutupan jalan…










