KUANTAN 5 Okt. – Seorang pengurus syarikat di sini mengalami kerugian RM125,919 selepas dipercayai terjerat dengan tipu muslihat pinjaman wang tidak wujud yang ditawarkan menerusi laman sosial Facebook. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 25 September lalu, mangsa berusia 35 tahun tertarik dengan iklan pinjaman peribadi di Facebook dan berhasrat meminjam RM300,000 untuk modal perniagaan. “Mangsa mengisi butiran peribadi di ruangan disediakan dan pada…










