Pengurusan sisa pepejal secara terancang dan memanfaatkannya dalam inovasi sangat penting bagi memacu persekitaran negara yang sihat dan berdaya maju. Selari dengan usaha itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui UPM Consultancy Services Sdn. Bhd. mengadakan kerjasama dengan Worldwide Landfills Sdn. Bhd. dalam pengeluaran biochar daripada serpihan kayu. Biochar ialah arang hitam khusus yang terhasil daripada pembakaran sisa organik pertanian, penternakan atau perhutanan. Menurut Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr.…










